Berbahagia lah kalian Pegawai-Pegawai Jabatan Tanah & Ukur, Setiausaha Hasil Bumi, Kabinet Negeri Sabah dan Juruukur …
Permohonan perunding hartanah
#Tanah #perkampungan #serudung #laut #rampas #oleh #syarikat #dan #individu #lain
Berbahagia lah kalian Pegawai-Pegawai Jabatan Tanah & Ukur, Setiausaha Hasil Bumi, Kabinet Negeri Sabah dan Juruukur …
Permohonan perunding hartanah
#Tanah #perkampungan #serudung #laut #rampas #oleh #syarikat #dan #individu #lain
Pindahkan kemaluan mereka yg bertanggungjawab ke dahi, biar mereka rasa
Rindu kampung serudung tempat aku operasi dulu
…Berbahagia lah kalian Pegawai-Pegawai Jabatan Tanah & Ukur, Setiausaha Hasil Bumi, Kabinet Negeri Sabah dan Juruukur yang terlibat atas KESENGSARAAN dan KEKEJAMAN secara halus yang kalian telah lakukan kepada warga penduduk Kg. Serudung Laut, Kalabakan/Tawau…
Lawatan kali ke dua saya ke kampung ini setelah lebih 10 tahun yang lalu amat mengejutkan dan buat saya sangat emosi melihat dan mendengar kesaksian penduduk kampung.
Kalian para pegawai yang bertanggungjawab telah rampas kehidupan mereka dengan memberikan Geran CL kepada 4 syarikat dan 1 individu di atas tanah adat kehidupan mereka.
10 tahun lalu, kalian Pegawai yang terlibat telah rampas tanah-tanah adat penduduk kampung di kiri dan kanan Sungai Serudung di bahagian ulu dengan memberikan Geran CL kepada 7 syarikat…
…kini, di kawasan perumahan tetap mereka juga kalian rampas dengan Geran CL 4 syarikat dan 1 individu…
Kerana kuasa kalian, rumah-rumah dirobohkan, kelapa sawit yang sedang mengeluarkan hasil ditumbang, pelbagai jenis buah-buahan ditumbang & pelbagai bentuk ancaman dan gangguan kehidupan ke atas penduduk kampung…
…. sampai hati kalian ingin musnahkan kehidupan mereka… semoga kalian mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan/kerjasama kalian..
Permohonan warta kampung telah dibuat sejak Tahun 1993, kalian "buat tak tahu".. bila orang luar buat Permohonan Tahun 2000 an sekelip mata kalian luluskan…
Kalian bayangkan, kos untuk berurusan ke pejabat di Tawau memerlukan kos tambang RM100 (pergi-balik)… untuk tambang biasa sahaja..
SOLIDARITI bersama warga berjuang di Kg. Serudung Laut, Kalabakan/Tawau… Harap pimpinan Kerajaan baru membatalkan Geran CL 4 syarikat dan 1 individu luar ini…
@ 27 Nov 2019..
Komen yg positif saja ✌