Tau-tau sado masuk sekolah menengah. Boleh dapatkan beg sekolah di sini https://shope.ee/7evLMIJCgU #akhifairuz …
Buku Pendidikan Sekolah Menengah Berkualiti Malaysia
#Isu #Beg #dan #Silibus #Sekolah #Anak
Tau-tau sado masuk sekolah menengah. Boleh dapatkan beg sekolah di sini https://shope.ee/7evLMIJCgU #akhifairuz …
Buku Pendidikan Sekolah Menengah Berkualiti Malaysia
#Isu #Beg #dan #Silibus #Sekolah #Anak
Oh jeng Palo ..
system kene tukar
saya sokong
Kt Jepun budak2 sekolah rendah gunakan sejenis beg sekolah yang sama dipanggil "Randoseru" yg digunakan sepanjang 6 tahun persekolahan. Semua pelajar guna beg ni, cuma beza jenama, warna, design, aksesori. Ia berat, tahan lasak & sangat mahal. Sebab tu beli satu pakai untuk 6 tahun.
Selain bawa buku ke sekolah, pelajar juga bawa botol air minuman, bekal makanan & aksesori untuk sesi makan tengahari di sekolah (napkin, chopstick, berus gigi, cawan untuk kumur2 lepas gosok gigi).
Mereka diberi tugas menghidang makanan untuk rakan sekelas setiap hari, bersihkan kelas, koridor malah tandas sekolah & bilik guru. Ada giliran untuk setiap kelas berkebun di kawasan sekolah.
Kami dulu kat Penang, zaman Sekolah Menengah sekitar tahun 2006, 2007 sampai 2010, banyak budak sekolah pakai beg sekolah jenis sling (ala yang beg silang tu) yang berjenama helmet seperti Shoei, Arai Helmet Racing Specialities, ARC Discovery Ventilation System, Bell Helmets Made In U.S.A (warna hitam dengan logo jenama tersebut dan satu strap warna kelabu dengan tulisan jenama tersebut) dan juga tidak ketinggalan iaitu beg galas belakang (backpack) jenama GIVI yang juga warna hitam yang ada satu strap tu.
Kalau nak di ikutkan GIVI box ni yang selalu orang letak kat pelantar belakang motor tu dan boleh isi barang dalam GIVI box tu.
Lagi satu kalau seluar sekolah, pelajar berbangsa Melayu selalu pakai seluar kaki kecil iaitu carrot, kalau pelajar berbangsa India pula selalu pakai seluar kaki besar iaitu bell bottom atau gokart (aku pun tak tau nak eja gokart macam mana).
pembelajaran abat ke 21 memang dah d atur KBAT….mungkin dulu punya bab hanya d beri tajuk bulat² pasal psl satu² bab….tpi kebat biasanya die akan relatekan bab tersebut dengan kegunaan sebenar dlm kehidupan cth matematik dulu kira isipadu air dlm silinder….sekarang kira isipadu air dlm tangki….mungkin takaful tu mcmni kut😅….saya rasa lahhh….tpi x dinafikan upsr sekarang memang susah….creativiti seseorng guru tu amat penting dlm mendidik supaya murin seronok belajar dan mudah ingat….macam time saya psra satu buku tajwid tu ustazah buat lagu bagi kami ingat….lagu aci² bukak pintu pon ade😌😌😌
beg makin berat la bagus, baru anak-anak sehat dan kuat.
Aku kesian jugak budak2 sekolah yg terpaksa angkut semua buku teks dengan mata pelajaran mengarut ni!
Setuju
sorry
Lol Aku dulu bawak buku teks+buku latihan penuh satu bag pi sekolah takdak isu pon..
adik aku smpai koyak beg bawa buku banyak banyak
Habis SPM boleh jadi akauntan..
"budak² sekarang lembik betul"
Lembik? Member aku 2 orang merana sekarang ni, sorang tulang belakang dia bengkok, sorang lagi nak diri straight pun tak boleh
Yang pkai beg MU tkde protection
makin lama makin beban….
Saya punya sekolah sekarang dah mula beri kebenaran murid2 tinggal buku tesk,nota dan latihan bawah meja.Cuma kena tulis nama dan buat tanda private tu siapa punya.Kecuali kalau ada kerja sekolah.(btw saya darjah 6 2022👍🏻)
Saya tak sakit bahu pun, tapi sakit kaki sebab buku banyak sangat. Saya dah malas nak pergi sekolah sebab tu. Dah la setiap hari Selasa ada kokurikulum dan sukan. Ibu saya ni cikgu, dan sama macam saya jugak. Tak suka sekolah
Saya sebagai tikus makmal batch pertama kssm tak rasa yang silibus ni ada masalah, sebenarnya bagus silibus sekarang banyak bagi pendedahan awal dekat budak budak, tapi saya setuju bahagian beg berat tu sebab saya selalu pergi sekolah bawa 2 beg dan ya setiap hari sebelum tidur badan memang sakit
Serius aaaa darjah 4 dah belajar tentang tajuk yang susah susah🗿
Nak mendunia
Tapi
saya cadang buku tinggal dalam loker
korg guna ke buku teks pjpk & psv?💀
Isu ni daripada saya tadika sampai sekarang dah sekolah menengah takde pape beza..kalau silibus pula dulu kami pun belajar silibus sama masa tingkatan 1 nape baru sekarang ada mak ayah nak complain silibus susah la itula inila padahal kami alhamdulillah ok je lagi sekarang ni..
Saya sebagai seorang pelajar sekolah menengah, saya bercadang untuk wujudkan rak buku untuk kami letakkan buku jadi tidak perlu bawa banyak buku. Kami tinggalkan buku teks sahaja dan nota kami bawa dari rumah. Jikalau ada cg suruh salin nota dari buku teks, kami bawa balik buku teks tersebut. Kadang beg sekolah setahun boleh tukar dua tiga kali, kawan saya orang susah, jadi kalau koyak atau putus beg, dia jahit sendiri. Lagi satu, dengan cara ni kita boleh kurang risiko untuk kena sakit belakang.
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Sebab tu aku bg anak aku sekolah sampai boleh membaca, mengira, faham bahasa eng. sudah. Berenti. Masuk Madrasah…
mak sendiri pun dah mindblowing dah tengok silibus buku saya.. lagi terkejut dia kata algebra sekarang lagi susah tak macam hat dulu punya
saya sekolah menengah , tengok buku adik yang sekolah rendah terkejut sebab tengok apa yang saya belajar diorang dah pelik sungguh . kata la contoh teorem phytagoras darjah 6 dah belajar (contoh) eiy boleh pening fikir banyak kali
disebb kn beg bert ….. tulng belakng belok😔😔
Ye dho tadi kls bio aku takde pon tapi cgu x inform awal ii penat bwk beg berat cam batu tu 🤡 dlm sehari tu kalau boleh ade 6 subjek
Buku teks tebal² bukan guna pun. Last² terpaksa beli buku rujukan utk info yg lebih lengkap.
Apa-apa pun semua kesabaran mengharungi jerih perih semasa menuntut ilmu akan dapat pahala. And, itulah pengalaman yang terindah.
that why cakap kerajaan perlu melihat pandangan orang awam .sebab orang awam banyak pandangan dan idea yang dibuat bukan ego nak tunjuk pandai buat peraturan sendiri…yang paling penting rakyat lebih merasai kesusahan berbanding menteri/kerajaan dripada kesusahan ini kita mendapat idea ..kalau menteri x terima pandangan rakyat bermaksud dia memimpin diri dia sendiri bukan orang lain atau rakyat
agak tidak setuju ye bila speaker kata tahap 1 tidak terlalu perlu belajar jawi and so on. for me yg ada adik sek rendah and tahap 1, i think it should sbb saya dulu pn belajar dri darjah 1. even tak reti baca kadang dengan hafalan auto pandai baca dan kenal huruf. fasih membaca itu belakang cerita asalkan basic tu ada. kalau tak ajar dri awal bile mereka nk pandai. dri dulu lagi mmg beg sek rendah mmg berat. dh bertahun pn takde solution, now silibus dh lain but still buku teks is the problem. tebal ke apa sama je mcm dulu. so saya pn tthula😂 ada IT je kot yg mampu selesaikan semua but it may cost a lot.
Patut nya dana sekolah dapat atau duit tabung pibg ke apa buat la locker/rak buku berkunci . Xde la isu kecurian berlaku. Kunci pendua simpan kt pejabat misal kata budak xbwk/hilang kunci. Beg sekolah pulak keluarkan la pattern jenis kompak punya mcm sekolah rendah jepun , xde la beg melayut smpai ke punggung budak2 kecik, mcm heret batu,x perlu pun pattern beg beroda mcm nk pergi haji.
Benda kementerian ada bwk pegawai pergi luar negara tapi apa benda yg positif dibawak habuk cuma berseronok , melancong saja.
Dah lebih 2020, tapi isu beg/ buku teks/ syllabus pun x dak improvement
Dah lebih 7 tahun macam ni baru nak kerajaan nak bincang aduh
Satu hal lagi.. Zaman skolah dulu, bila ad buat salah, cikgu trus mrh, bgi rotan.. Bila zaman skrng, nk mrh pun.. Kne saman! Cuba fkir balik zaman sekolah kita dlu..ngpe cikgu bgi rotan jika ad buat salah.. Supaya kita jdi manusia yg berguna, cuba fkir balik.. Ngpe kita hdp mewah skrng… Ad kreta mewah.. Ad rumah mewah.. Sbb cikgu didik kita dg cra btul!!!!!!! Ibubapa yg skrng ni.. Yg ad ank.. Cuba fkir balik kisah zaman sekolah dulu…
Yang tua2 tu.. Cuba fkir balik kisah zamn kanak2 zaman dhulu, msa prgi skolah.. Sngup bwa buku byk2 supaya ilmu msuk dlm otak! Aku paling benci jnis tiada otak, nk bising sbb ank2 bwa buku byk, cuba fkir balik.. Zaman skolah dlu, adui hai.. Ni la ibubapa jnis tidak fkir pasal kisah silam dlu..
Jgn nk bising sgt.. Klu cikgu tidak buat mcm tu.. Mungkin kau tidak jadi manusia skrng, hdp dalam mewah!!!!!!!!!!!!
sebenarnya isu ini bg sy penyelesaiannya adalah sangt mudah.. anak2 sekarang lahir pada zaman teknologi yg berkembang dengan sangt pesat ditambah pulak dngn jaringan internet yg pantas sperti 4g 5g dn sebagainya.. jadi kite xboleh na deny kegunaan electronic device dlam kehidupan seharian kite even kanak2. jadinya kite boleh mnggunakan technology untuk kebaikan anak3 dengan mnjadi kan book teks sebagai ebuku teks.. so mudah untuk pelajar access ke mna2 buku teks. jika cara ini diimplemtasi maka xkisah lah setebal mna buku tu xkn ada msalah sbb smua dah ditempat kn ke dalam server or dlam storage electronic device..
Saya mencadangkan supaya pakaian casual dijadikan sebagai uniform sekolah…
KAJI LAH KAJI
Tahun 2019 aku pi melawat anak aku yg menuntut di Nottingham, England. Aku pi ke bilik dia di hostel. Terkejut tengok buku di rak sikit sangat. Anak aku study Law. Setahu aku klu buat undang2 ni banyak buku, statut dll nak kena baca. Aku pun tanya dia kenapa tak ada buku di rak? Anak aku jawab, "Papa, sekarang kami tak guna buku konvensional dah. Kami guna e-book. Semua baca melalui laptop atau smart phone saja". Alangkah antiknya aku.
Lebih 35 tahun dulu aku menuntut di US. Masa tu pun aku tengok budak sekolah di US bawak beg kecik saja. Buku yg dibawak balik ke rumah hanya yg ada kerja rumah. Buku lain tinggal dlm locker di sekolah. Setiap murid ada locker masing2 di sekolah. Balik sini aku pun cadang kat kementerian supaya buat locker di sekolah. Ini utk atasi masalah beg sekolah berat. Masa tu (lewat 80an dan awal 90an) kerajaan kata nak kaji masalah beg berat ni.
Hari ni tahun 2022 masalah beg berat masih belum diatasi dgn berkesan. Menteri kata masalah ni akan dikaji. Mungkin tahun ni atau tahun depan akan dibuat pilihanraya umum. Besar kemungkinan menteri akan bertukar. Dan aku yakin menteri baharu nanti akan kaji lagi masalah beg berat ni. Mungkin sampai lah anak murid yg hari ni dok galas beg berat ni ada anak bersekolah dan anak dia komplen beg berat, kerajaan masih terus kaji. Kaji dan terus kaji. Kaji dan terus kaji, sampai abg Jamil qolu.
Betullah, kerajaan niat inseng matakaji…
Prof Mu'ati
Kita cakap tentang hal ni banyak kali dh,pihak tu cam tk dgr je
Pendidikan malaysia ni dah lari jauh dari apa yg ditujukan sebenarnya sy harap bahagian pendidikan ni xbercampur dgn politik & menteri yg mengurus pendidikan ni out daripada politik makna nya dilantik oleh ydpa bukan perdana menteri … Cdgn je ni barulah pendidikan Malaysia xberubah je setiap kali tukar kerajaan
Dia sama ada gantikan buku kepada ebook, ataupun menyediakan penggunaan loker. Tapi kena didik budak2 laa dulu supaya pandai jaga barang ni. Kalau bagi seminggu dah rosak tak guna jugak.
Buat locker, then letak camera.. tapi bila kena buat homework mesti rujuk buku text.. so buat juga e-text.. buat mcm OUM buat senang boleh download.. nk update pun senang tak perlu cetak bnyak.. bagi yg masalah laptop boleh cetak sendiri.. tapi banyak pulak.. so pelajar dibekalkan dengan ipad register atas nama pelajar hilang ganti.. kena pulak b-40 tak mampu nk bnyar boleh tolak gaji pelan2 kira instalment.. broken kena ganti balik or buat sewa i-pad cukup tahun ganti baru.. tapi cost dia mak aii.. baru world class.. nak ada class kena bayar lebih.. tak nak bayar lebih duduk Africa pakai papan putih… padam terus hilang.. haha
Saya setuju sgt ii…sgt tk sesuai bgi pelajar ii rendah belajar dgn silibus yg bnyk…sgt memahami betapa penatnye nk bwk sume buku dlm sekali gus smpi bongkok dh bahu saye ni,adik sye pon sme…tk perlu nk beri pelajar sekolah rendah bljr yg terlampau memerah otak…sbb sklh menengah pon dh mencabar dri segi pembelajarannye…pihak kerjaan perlu main peranan dan jgn senyap mcm tk dgr dn tk tau apa ii…klu nk setaraf antarabangsa skli pon tgk jugak fasiliti yg ade pada sklh…ade loker utk setiap pljr…kata nk mcm amerika jadi mestilah kne ade pengupgradean dlm segi kesenagan para pelajar..jgn nk tau lebihkn silibis shje dn jgn nk pentingkn nma shje tpi fikir juga org yg menanggung bebannye nnti…😊
Buku bawak banyak berat..nak tinggal bawah meja cikgu tak bagi.. hadeh
Saya setuju..sebagai mak kepada 3 orang anak yg bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Cina,bag sekolah amatlah berat ya.beg tarik skali dengan beg sandang..mcm nk pegi oversea dh.buku latihan kemain byk sbb wajib dibawa setiap hari..silibus subjek berat.sampai saya pun susah nak ajar.
Tapi Kalau ada ilmu serba sikit pasal Takaful bagus. So that tak kena tipu dengan agent.
Setuju bang, sistem kita masalah
Susah kalau nak locker dengan pelajar malaysia ni takut vandalisme je kerajaan mesti fikir camni
Bagi aku xde masalah pendidikan islam dalam jawi lagipun kalau pergi sam pun belajar subjek dini dalam bahasa arab jadi bila aku fikir pasal belajar jawi ni xde la masalah