Audio Siar Keluar Sekejap Episod 116 antaranya membincangkan kerangka baharu bagi mengawal selia perkhidmatan media …
Buku Self-Help untuk Wanita dan Lelaki Malaysia
#EP116 #Lesen #Media #Sosial #Syarikat #Arak #Taja #SJKC #WAF #Digantung #Parlimen #Pembukaan #Olimpik #Paris
Video yang bagus, saya mesti katakan bahawa hidup saya telah berubah selepas beberapa percubaan yang gagal apabila saya bertemu Donald Nathan Scott. Kini pemilik rumah dan menutup tahun secara beransur-ansur dengan portfolio enam angka.
Di negara yang bukan Islam pun untuk sekolah, mereka amat berkira juga siapa yang beri sumbangan kewangan. Kalau nak bagi juga, tapi tidak pamerkan di media. Sebab mereka tahu, x boleh associate pada benda2 yang seperti alkohol.
okay je silang je kaki tu. benda petty mcm tu ada juga yang nk tegur
Perbicaraan kes pengubahan wang haram dan rasuah dihadapi bekas Ketua Penerangan Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan berhubung projek Jana Wibawa, akan bersambung pada 22 Ogos di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen yang baharu.
Hakim Rosli Ahmad adalah hakim baharu yang mendengar perbicaraan kes Wan Saiful, bagi menggantikan hakim Rozina Ayob yang telah berpindah pada 15 Ogos.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Siti Amirah Muhammad Ali turut memaklumkan ketua pendakwaan kes itu juga telah bertukar dan pihaknya memerlukan masa untuk berbincang dengan ketua pendakwaan baharu.
"Untuk makluman mahkamah, pasukan pendakwaan kini diketuai TPR Dr Ifa Sirrhu Samsudin yang baru melapor diri ke SPRM pada 15 Ogos lalu.
Pihak pendakwaan juga telah memasukkan satu surat memohon untuk penangguhan kes pada minggu ini mengambil kira ketua pasukan pendakwaan baru sahaja melaporkan diri dan diarah mengambil alih kes ini bagi menggantikan TPR Rasyidah Murni Azmi yang telah berpindah keluar (ke Jabatan Peguam Negara).
"Oleh itu, beliau (Ifa) mohon sedikit masa untuk meneliti dokumen-dokumen sebelum bicara bermula mengambil kira bahawa kes ini berkepentingan tinggi dan saksi-saksi terlibat adalah saksi-saksi penting," kata Siti Amirah pada sebutan kes kali pertama di hadapan hakim baharu itu.
Siti Amirah berkata kes berkenaan dibicarakan sejak 25 Mac dengan sembilan saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan dan secara keseluruhan pihak pendakwaan mempunyai 50 orang saksi manakala peguam Amer Hamzah Arshad, yang mewakili Wan Saiful berkata pihaknya tidak membantah permohonan penangguhan perbicaraan dan mengambil maklum mengenai pertukaran hakim dan TPR.
Rosli kemudian melapangkan tarikh perbicaraan pada esok (20), 21 dan 23 Ogos.
Wan Saiful, 49, didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur daripada kerajaan Malaysia, secara prakelayakan bernilai RM232 juta.
Beliau juga didakwa menerima wang tunai RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat itu mendapatkan SST bagi projek terbabit.
Wan Saiful didakwa melakukan kedua-dua kesalahan di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku antara 8 Julai hingga 30 September 2022.
Wan Saiful turut berdepan 18 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM5.59 juta, dengan memindah dan menggunakan wang hasil aktiviti haram itu antaranya bagi membayar pembelian kenderaan jenis Ford Ranger, pembayaran kepada Majlis Sukan Negara Malaysia, selain memindahkan wang itu ke beberapa akaun syarikat termasuk milik Sinar Karangkraf Sdn Bhd.
Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Cawangan CIMB Bank Berhad Bukit Tunku di sini, antara 12 Ogos dan 13 November 2022 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sudah tentu kaya raya serawak dan boleh berdikari dan tak perlu lagi gantung pada orang lain
silang kaki pun jadi isu netizen ni 😂
nak tanya pandangan,
rasanya syarikat sebegitu boleh tubuhkan yayasan mereka dengan nama lain, jadinya tak timbullah isu sumber pendanaan mereka. Betul tak? Mungkin Kementerian boleh tolong syarikat-syarikat ini buat yayasan mereka?
Malaysia semua cakap juga ada tinggi langit macam.
Tindakan taruh bawah bawah juga.mau jaga sendiri juga ada
Tu lah ….
Bila bab Arak senyap je.
I’m here bcs of the previous episode with Abang Jo
Actually best je KS ni..cuma nk minta Shahril supaya lebih santai..skrg ni nampak agak kaku dan ckp sebiji sebiji very structured..
Sbb mereka boleh ini kn kerajaan mereka
abang jo is the best
pasal tiger ni di bg sumbangan dkt sekolah..kalau untuk program tak berkaitan sekolah org tak kisah sbb melibatkan remaja bawah umur
Sedar tak sedar ape yang di kate oleh MB Sanusi berkenaan objective DAP adalah Benar. boleh refer balik episode KS dengan MB Sanusi berkenaan PH akan mengikut/menurut narrative DAP untuk mentadbir Negara. Issue (SJKC) yg menerima sponsor ini.
https://www.youtube.com/watch?v=xGgIQ953THY
I must say, I expected better judgement from KJ regarding the Paris Olympics opening issue. The people protesting about this incident are mainly Christians, and to say that Parisians are being impartial about their stance on 'Free Speech' is simply incoherent, not all Parisians are Christians. The 'Je suis Charlie' protest mainly happened because of the terrorist attack killing 11 journalist.
Sudah sampai Sarawak menjadi negeri kaya .
Bantu rakyat gaji sederhana, pembangunan jln yg baik n lebar
sy puas hati jawapn Abg Jo, terima kasih Keluar Sekejap terjwb sedikit sbyk yg terbuku dlm hati. ❤❤❤
About the fundraising,
1. Syarikat arak bersama syarikat media adalah penganjur, tidak menderma duit
2. Duit bukan dari Syarikat arak, tp 100% hasil kutipan derma dari hadirin dan juga syarikat2/individu lain. Ini adalah hasil usaha PIBG, Lembaga Pengarah, Guru2 dan ibu bapa yg giat mencari penderma.
2. Duit masuk ke akaun Lembaga Pengarah Sekolah, bukan sekolah, yg kemudiannya akan digunakan untuk mendirikan bangunan atau infrastruktur lain, di mana semua ini tidak akan disediakan oleh kerajaan
3. Majlis diadakan pada waktu malam, selepas semua murid sudah balik rumah, ataupun diadakan di luar kawasan sekolah.
4. Yg hadir di majlis adalah orang dewasa. of coz ada yg bawak anak, itu atas pertimbangan ibu bapa sendiri. jadi, publicity is more towards org dewasa.
5. untuk non muslim, logo syarikat arak ini is nothing sensitif dan boleh dikatakan sangat normal, kanak2 tidak akan minum arak sebab nampak logo arak.
Program ini lebih kepada memupuk semangat tanggungjawab bersama untuk memastikan anak2 menerima pendidikan yg baik, maka bantuan dari mana2 pihak yg dibenarkan menjalankan bisnes secara sah di Msia akan dihargai.
Memaparkan logo syarikat arak adalah sebagai tanda penghargaan kepada mereka yg menjadi penganjur utama. Ini nilai 'mengenang budi'.
Kesemua program ini adalah berniat baik, dan selama ini memang takde pelajar yg akan start minum arak selepas nampak logo arak. Seperti mana sampai sekarang saya tak merokok walaupun dari kecik saya dah tengok banyak iklan dan program tajaan dunhill, rothman, peter styvesant melalui RTM.
Yg penting, didik anak muda kita supaya boleh membuat judgement, dan bertanggungjawab terhadap tingkah laku mereka.
tak guna suruh sorok logo arak atau logo rokok tp last last kat rumah sendiri rokok depan anak dan di tempat awam, mencaci org lain depan anak, dan menunjuk perangai depan kaca tv masa live sidang dewan rakyat.
BUKAN BERANI TAPI KURANG AJAR MUNGKIN MAK BAPAK KAU TAK AJAR ADAB LAH SIAL KS.
Terbaiklah teruskan usaha untuk kebaikan dan pengetahuan rakyat semua
Aku org semenanjung….. Intelek, beragama, patriot….. Dari ratusan tahun dahulu… Sehingga modern world aftar WW2…. Pembentukan Malaysia…. Dokumen rasmi pembentukan Malaysia puluhan tahun lampau terdapat d Pertubuhan Bangsa2 Bersatu UN….. Dokumen tersebut endorse dan rasmi…. Walau Sabah Sarawak maybe One days become kaya dan berubah jadi sombong Dr segi undang2 antarabangsa inilah share partner sehingga terbentuk Malaysia ….. Aku amat menyokong hak negeri berikan hak rakyat negeri tersebut…. Mudah2 ini jd lebih telus dan rakyat negeri2 lebih baik dan kaya hendaknya….. PETRONAS dgn profesional strategis biz pernah in record jadikan katakan dan jutawankan Lewis Hamilton dan Mcleren Mercedes F1….. Apalah salah Petronas katakan our Brother's Sabah & Sarawak…. Patut tindakan murni Petronas sblm menuju kiamat kubro……
Saya menjangkakan Hassan Karim tidak akan mewakili PH PRU akan datang..dan sekiranya beliau jadi calon bebas..rakyat Pasir Gudang wajib undi beliau kerana beliau bukan seorang MP yang basa-basi kena cucuk hidung ..seorang yg punya prinsip 40:07 ..dan tidak keterlaluan kiranya PN jadikan beliau rakan strategik.
Minit ke 56:37😅… kantoi
"It was not my inspiration, the Christian Last Supper," Jolly said in French. "There is (Dionysus), who is at this table. He is there because he is the god of celebration in Greek mythology, the god of wine, who is one of the jewels of France."
Sama ada mereka sengaja nak offend atau tidak itu cuma spekulasi KS tapi bukan hakikat, harap KS jangan kelirukan penonton bahawa mereka memang ada niat untuk offend. Terima kasih
…buat podcast duduk bersila lah pula selepas ini kalau cross leg itu SALAH.
Dgn windfall dari GAS , berbillin2.. nk tanya apa.mekanisma yg org SARAWAK patut tanya ; bagaimana memastikan $$$ segitu banyak akan dimanfaat utk RAKYAT.. apa badan pemantauan? dibawah seliaan siapa ?.😂😂.
Sebab sama saja ..bamyak.mana masuk , kalo banyak penyamun… ciput gal dapat. X yah nk seronok sangat😂😂😂.
Janji ingat kata premier sarawak.. nanti u 2 jadi PM is a same thing u do…😂
Assalamualaikum sedara. Sy di sini mencadangkan untuk menjemput PMX dalam saluran Keluar Sekejap. Teringin juga sedara menemu ramah pmx. Lagipun saluran keluar sekejap ni adalah saluran bebas untuk bertanya terus kepada pmx. Harap cadangan ini boleh dipertimbangkan.. Terima kasih.
Macam mana petronas boleh ambil hak sarawak?
If so concerned split up tax halal and non halal for salaries to govt staffs and ministers bumiputra
If funds equally distributed without considering of schools then this issue won't happened
Adakah srwk hanya ambil urusan penjualan gas shj atau semua aset gas petronas di srwk? Jika ya, adakah ambil begitu shj atau ada bayaran yg dibuat atas pengambilan aset2 ini..
Wanita islam yg duk jadi menteri pendidikan ketika ini.. amatlah di ragui akan aqamanya. Sbb mcm bnyk sgt ting tong
Dato shafie apdal untuk sabah
Bile nk uls RUU mufti wilayah?
Saya harap next episode KS bagi tribute kepada As Syahid Ismail Haniyeh
Asalamualaikum KJ, SH dan krew KS..
Cuba bawa adum jitra masuk podcast KS..
Best la dia cakap olaham beliau..
Tolong jemput Syeikh Assim Al Hakeem, dalam Kindred Stories.
i think the topic of donation lies beyond, KJ & Shahril if u want talk about it deeply i think there is many angle to look at & do study into it…
I had no idea crossing our legs would trigger people. wth.
Regarding perlesenan media sosial, nak tanya kenapa mcm semua org butakan mata yg Telegram ni is network digunakan untuk jual dadah, jual amoi and jual porno. Betul ke polis tak tau pasal ni?
Santai kan mesti la sometimes cross leg😂😂😂 cross je la kj
Saya sebagai orang sarawak yang mengikuti setiap episod podcast KS ni sangat suka cara KJ dan SH kendalikan podcast ini..setiap soalan yang diutarakan tepat dengan apa yang sebenarnya org diluar sana ingin tahu..tak semua orang faham dgn jenis soalan yang agak kritikal..tapi itulah kelainan podcast KS berbanding podcast lain.Seperti KJ katakan,kita bukan RTM😂..syabas untuk KS..👍👍👍
well communicate
Isu silang kaki.. adui perkara remeh temeh pun nak tegur. Lebih teruk dari pompuan.
Isu derma dari tiger.. sila rujuk balik poster mereka.. mrk x letak gambar harimau dan perkataan “BEER”.. hanya TIGER.. jadi apa masalahnya? Tiger tu maksudnya Harimau jadi x boleh ke pakai perkataan tu? Selalunya syarikat2 ni mereka x pakai logo asal mrk, mrk pakai nama singkatan semasa buat anjuran utk sekolah contohnya.. Sports Toto guna Sports, Guinness guna logo oboh hitam merah tanpa apa2 perkataan, Magnum pakai M saja atau Magnum Care dan sebagainya so apa masalah?
Mengenai industry semi konduktor, bukan dulu kita ada Mimos, dulu banyak jugak yang dicadangkan utk dibuat under Mimos. Kena perkuatkan lagi peranan Mimos.