Betul ke ada universiti di Malaysia yang bertaraf dunia? Jawapan mudahnya, ada, dan bukan satu saja, tapi ada banyak lagi.
Buku Pendidikan Sekolah Rendah Berkualiti Malaysia
#Unversiti #Terbaik #Malaysia #Bertaraf #Dunia
Betul ke ada universiti di Malaysia yang bertaraf dunia? Jawapan mudahnya, ada, dan bukan satu saja, tapi ada banyak lagi.
Buku Pendidikan Sekolah Rendah Berkualiti Malaysia
#Unversiti #Terbaik #Malaysia #Bertaraf #Dunia
Jadi apa pendapat anda tentang universiti di Malaysia. Hebat tak?
Terbaik. 😊👍
Saya bangga kerana anak saya berjaya melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi dalam bidang kejuruteraan kimia sessi 2024/2025
Proud to be Alumni University Malaya
Respected to Malaysia
Waahhhh…hebat Malaysia…bangga dgr..semoga satu hari nanti anak sy dpt masuk u♥️🥰…skrg dia bru 3 tahun 9 bulan…heheheh
3:40 UKM Di Hatiku
Malasia ini seperti burung dalam sangkar jadi peliharaan nya british karena telah tertangkap oleh jeratan perangkap yang dipasang oleh british, berikut data dan faktanya negara kerajaan federasi neo koloni malasia: malasia merdeka atas dasar pemberian british
Malasia telah berhasil di design atau di setting oleh british
Malasia dasar hukumnya atau konstitusinya federal constitution ber bahasa Inggris dan berlaku hingga kini
Malasia memberlakukan faham kebangsaannya terbagi 3 kaum : melayu cina india
Dasar pendidikannya venaculair beraliran seperti faham kebangsaannya
Malasia perekonomiannya ditopang oleh british commonwealth
Malasia sistim pertahanan dan keamanan diproteksi oleh british
Malasia bentuk negaranya dibikin seperti british ada raja dan ada perdana menteri
Malasia wilayah daratan dan lautnya terbatasi oleh design bikinan british
Malasia bahasa kebangsaannya tidak konsisten awal awalnya bernama bahasa malasia terus diubah jadi melayu sekarang mau memakai bahasa Indonsia entah akan berubah apalagi di masa mendatang bisa jadi memakai bahasa rojak atau bahasa Inggris
Malasia adalah negara neo koloni nya british
kerana tuhan untuk manusia
Kelima-lima ni dikategorikan as research University
Insyaallah habis kuliah nanti daftar Ir BEM tuan 😂 kuliah tersenarai yg terbaik.
Hapus segera ‘mayat hidup’ di universiti
Oleh Meja Rencana
8 Disember 2023, 9:00 am
SAUDARA PENGARANG,
KITA sering mendengar isu lambakan profesor madya dan profesor kangkung di universiti dibangkitkan oleh pihak tertentu. Begitu juga dengan isu longgokan lulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) yang tidak berkualiti.
Sejujurnya, keresahan ini berasas dan pernah disuarakan pada 1980-an. Pertama, berlaku kompromi dan komplot tersembunyi untuk meluluskan tesis PhD.
Jika pensyarah A menjadi penyelia, penilai tesis calon seliaannya ialah pensyarah B dan C. Begitu juga sebaliknya. Ini sudah dirancang dalam satu pakej khas. Oleh itu, semua tesis PhD pelajar mereka terjamin kelulusannya.
Kedua, mereka akan menyenaraihitamkan nama-nama pensyarah yang teliti dan tegas dalam penilaian tesis PhD. Mereka tidak mahu tesis PhD pelajar mereka digagalkan atau mendapat keputusan buruk. Lantaran itu, mereka hanya melantik pensyarah yang baik dan murah hati sebagai penilai tesis PhD pelajar masing-masing.
Ketiga, pensyarah tersebut baru sahaja menamatkan PhD, tetapi dia terus dilantik sebagai penyelia tesis PhD. Dia belum berpengalaman. Kesarjanaannya sebagai ilmuwan mapan belum diuji dan dicabar secara terbuka dalam disiplin ilmunya. Justeru, amat sukar untuk dia melahirkan pelajar PhD yang berkualiti kerana dia sendiri pun masih mentah.
Kenapakah mereka digelar kangkung? Pertama, kangkung ialah sayuran liar. Kangkung bukanlah tumbuhan unik. Di belakang, tiada sesiapa pun yang mempedulikan mereka.
Kedua, jika ditimbang, kangkung sangat ringan. Ini menggambarkan nilai ilmu tidak setara dengan pangkat dan gelaran mereka. Ketiga, kalau dijual, harga kangkung sangat murah. Ini mewakili kualiti ilmu dan etika mereka yang bobrok.
Keempat, kangkung boleh tumbuh sembarangan, tepi longkang, belakang jamban, kawasan timbunan sampah dan sebagainya. Demikianlah rendahnya harga diri mereka.
Kelima, andai kangkung terdedah dengan cuaca panas, ia cepat layu dan lesu. Ini menunjukkan ketahanan mereka yang sangat lemah. Mereka mudah melenting, lekas tersinggung, terlampau sensitif dan terlalu emosional.
Bayangkan, ketika pensyarah berkuliah pelajar mengantuk, bosan dan muak. Bayangkan, pensyarah mendapat geran kerana membuat cadangan hebat, namun hasil kajian dan tulisan mereka tidak membuktikan tahap kesarjanaan yang tinggi. Kualiti apa?
Sebenarnya, banyak lagi kecurangan lain yang merebak di universiti, tetapi kesemuanya ini dipandang remeh sahaja. Selama lebih 25 tahun bergelut di universiti, amat jarang penulis bertemu dengan pensyarah yang benar-benar berjihad demi ilmu, rakyat dan negara. Mereka hanya bekerja untuk perut dan poket sahaja.
Di universiti, pensyarah yang gagal mengasuh penuntutnya mencintai ilmu dan berfikiran kritis, gagallah pensyarah itu. Universiti yang hanya mengajar teori, ini bukanlah universiti. Itu sekadar sekolah tinggi sahaja.
Peranan sebenar universiti ialah mencetuskan pelbagai teori baharu, bukannya menjadi pengekor dan pencetak teori Barat belaka. Bayangkan, betapa ramainya profesor madya dan profesor di universiti, tetapi mereka gagal mencetuskan teori baharu yang menggegarkan dunia akademik.
Mereka juga gagal menghasilkan inovasi sains dan teknologi yang dapat menjulang Malaysia sebagai negara industri global. Sebab itulah Malaysia masih kekal sebagai negara membangun.
Selepas mendapat PhD, kesemuanya senyap macam ‘mayat hidup’. Yang dikejar-kejar ialah pangkat.Kualiti karya ilmiah mereka lesu, layu dan kaku.
Universiti bukanlah syarikat kapitalisme. Budaya teras yang mesti ditegarkan dan ditegakkan di universiti ialah budaya membaca, budaya ilmu dan budaya fikir. – UTUSAN
DR. NORDI ACHIE, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Saya alumni usm & ukm. ❤❤ Local graduate setanding oversea graduate.
lepasan spm sy dpt sijil dri universiti cambridge mengatakan bahasa inggeris sy xcukup bagus itu cerita 3 tahun lalu skrg dh lebih da ,tapi okla klu dpt sijil dri uk lepas abis study jepun dpt plak sijil jepun so mmg ngam ada sijil dri negara maju g7 plak tu mmg berpengaruh
Dalam dunia fiksyen aku, semua universiti di Malaysia terkenal di seluruh dunia
Dalam dunia fiksyen aku, banyak universiti Malaysia masuk top 10
Dalam dunia fiksyen aku, semua universiti di Malaysia lebih tinggi ranking daripada real life
Um banyak melahirkan graduan menteri2…pmx,tok mat Hasan,Tan Sri muhyiddin yassin ..
Anak saya foundation sains hayat setahun di UM and sekarang sambung degree for engineering utk 4 thn di UPM. Tukar cost sbb x minat bio katanya. Btw syukur alhamdulillah..
insyaallah aamin aamin 😊
Alhamdulillah…good channel… alumni UPM ..2004 lanjutan ijazah pertama bidang pendidikan selepas sijil perguruan 1995. Kini anak ke 4 mengikut jejak ke UPM….hanya beza kampus…Bintulu & Serdang… still remember the memory in UPM 👌👍
Saya alumni UM major perancang bandar.. Salam dari Bengkalis Indonesia
UTM 🙋🏼♂️
Saya berasal dari Indonesia, ingin sekali putra saya bisa kuliah di Universiti di Malaysia, semoga Allah mudahkan segala urusan, agar dapat berkuliah di Malaysia
No 132 dunia. Tahun 1989 saya masuk. Masa tu tak ada org nak masuk sgt masa tu…
kenapa UTP x tersenarai?
Saya bangga kerana Alumni 2006 UKM dan 2 x Alumni UM 2011 dan 2018. Alhamdulillah…❤
Saya tak masuk mana mana u, tapi saya berbangga dua anak saya dapat belajar di UKM, psikologi sikakak dan adik, Antropologi. Thanks prof for the info.
Saya Mohamad bin Abdullah.😊
Ambo pun bakal jadi PM.Wakil ke 4,selepas TM,MU dan AI.
Gembiranya hati kawe
Universiti ambo tu
dlm kelima lima universiti tersebut tetap tak boleh lawan universiti no 1 pendidikan = upsi 🤭🤭🤭 gurau
untuk degree perubatan, universiti mana yang paling direkomen diantara UTM, USM, UKM dan UPM ?
terima kasih
#5 UTM
#4 USM
#3 UKM
#2 UPM
#1 UM
Mai UUM… kampus cantik dan tenang
Um dah turun tangga ke 70 , tapi tetap the best I of all time